Hai Welcome Here
![]() " I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
CINTA ? SAYANG ? RINDU ? FITRAH ? JODOH ?}
Thursday, January 2, 2014 | 4:02 AM | 0Comment Assalamualaikum.... Dah lama agaknya tak update blog ni. Berhabuk betul. Hehehe. Aku akan update kalau rasa ada idea yang nak kongsi bersama ja. Okay then, entri kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal satu fitrah manusia yang tak boleh elak sama ada lelaki dan perempuan iaitu ? JODOH. Wahhh, dah macam doktor cinta la pulak aku ni kan ? Eh, tak la. Ni bukan pasal cinta, jiwang ka apa. But ni pasal fitrah manusia yang tak boleh lari dari perasaan cinta pada seseorang tak kira mahu lelaki atau perempuan. Okay, i admit it, dulu aku juga pernah bercinta. Tapi semuanya gagal. And lastly, aku jugak yang merana, kecewa, sedih bagai. Ini semua hanya agenda syaitan belaka dgn cinta berdasarkan nafsu ni. Masa mula-mula memang la seronok. Bila dah clash ? Menangis mcm orang gila, dah tu mula la nak cari Allah balik. Masa tengah berasmara dulu memang tak ingat lah kan ? Hmmm, tu la aku suatu ketika dulu. Astaghfirullahalazim :'( Bila ingat balik terasa diri ni bodoh sangat. Tapi benda dah lama berlalu, aku pun dah tak kan biarkan ia berlaku lagi. Dah habis bercerita tentang pengalaman aku. And now aku nak bagi tips sikit untuk adik adik, abang abang, kakak kakak yang belum berkahwin tu dan bercinta mengikut landasan yang salah. Apa yg ditulis ni mengikut apa yang aku baca dari buku buku je la. Aku nak kongsikan ja. cinta selepas kahwin. Yang ketiga ni mcm sweet ja ? hahaha. yaaa mmg sweet pun. Dan inilah yang aku inginkan. hehe. Banyak sangat barakah kalau bercinta lepas kahwin. Selain mengikut sunnah Nabi, ia jugak mengajar kita dalam pelbagai perkara. Kalau rasa tak mampu lagi, tak payah la kahwin dulu. Pesan pada hati, bertahanlah nafsu tu. Banyakkan berdoa pada Allah untuk dapatkan jodoh yang baik. In Shaa Allah dipermudahkan. Kepada yang masih muda dan mentah, baru darjah 6 , aku rasa tak payah la kot nak gedik bercinta ni. Sunat pun belum ada hati nak bercinta. Yang perempuan tu, period pun belum dah gatai sangat. Belajar bagi habis dulu ye dik kalau nak bercinta pun -__- cinta islamik ? hellooooooo. tak pernah ada dalam mana mana ayat Al Quran atau hadith pasal cinta islamik. Tak perlu nak buat hukum sendiri dgn nak menghalalkan benda yang haram. Yang haram tetap haram. Contoh kalau kau bela babi la, kau bagi dia makan benda elok elok. Bagi dia mandi, kau jaga dgn cara islam, then kau nak makan dia ? tetap haram. Cuba la faham sikit ye :3 restu mak ayah. Macam biasa, kalau kita bercinta ni kadang kadang mak ayah taw. kadang kadang tak. Biasa la tu kan ? But i think, kalau rasa tak mampu lagi nak kahwin, baik tak payah bercinta la. Buang masa, buang duit, buang segalanya. Tambah pulak dengan dosa -_- MasyaAllah. Kau ingat mak ayah si perempuan tu suka ka kalau kau buat benda tak elok dgn anak dia ? Tentu tak kan. Kau belajar bagi habis, kerja dulu baru kau pikir camna nak kahwin dengan anak dara orang. Ingat senang ka ? kalau duit takda nak bagi makan apa ? pasir ? Haaaa, aku marah ni :p Hahahaha :D Turn to Allah. Seperti mana yang kita taw sebagai orang Islam ni. Bila dah jatuh cinta dengan seseorang mula la nak angau pelik pelik right ? Ada baiknya kita buat istikarah lagi bagus daripada gedik nak merayu rayu minta couple bagai. Bukan apa, Allah saja yang faham isi hati kita. Tentu Dia akan dengar doa kita kan ? In Shaa Allah di beri petunjuk. Kita sebagai manusia perlu la sabar sikit. Kalau ada jodoh tu tak kemana pun. Ni kalau kau bercinta bagai nak rak mcm org gila. Lastly putus, kau jugak nak merana. nak taw kenapa ? Sebab Allah tak redha !!! ingat tu sayang. sedikit coretan...
Bukan tak sayang, jauh sekali
membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh
dan solehah dalam diri.
Janji dengan saya, berpisah di dunia,
bertemu di syurga.
Permintaan yang saya buat, bukan atas
kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya
sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.
Saya berdosa. Sebab saya, awak leka.
Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.
Allah ciptakan pertemuan, kemudian
Allah ajarkan saya banyak perkara.
After that Allah aturkan perpisahan.
Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?
I admit it, it isn't easy to let you
go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita,
untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana
saya melalaikan awak.
Keep in touch dalam doa, okay?
Jumpa di syurga.
Jangan nangis-nangis,
Allah uji kita dengan pertemuan,
sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian?
Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.
Jatuh cinta, bercinta, mencintai, dicintai adalah fitrah manusia. Tipu la kalau kita ni takda perasaan kan ? Allah beri nikmat rasa itu sebab Dia nak tengok sama ada kita ni menggunakan kearah kebaikan atau sebaliknya. Diri sendiri ja yang dapat kawal semua benda tu. Banyakkan solat, doa, baca Al Quran, minta pada Allah. Dia pasti akan dengar :') Tak dinafikan, aku pun pernah rasa jatuh cinta, dicintai dan bla bla. Haha. Tapi Alhamdulillah la aku boleh kawal diri lagi daripada terjebak semula dengan cinta palsu :/ Harap Allah lindungi aku dari semua tu. Aku hanya mampu berdoa saja. Tentang siapa jodohku nanti, hanya aku berserah pada Allah saja. Dapat yang mcm mana pun takpa. Aku ni bukan memilih sangat. Asal boleh bela aku and bimbing aku masuk Syurga sudah la. Okay , penat menaip. Sekian dulu dari saya hamba yang lemah. Maaf atas segala kekhilafan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri. Babai, Assalamualaikum cinta :p |