" Cik U m m i "

Cik UMMI

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





}
Monday, September 29, 2014 | 4:36 AM | 0Comment

JANGAN TERLALU YAKIN. JANGAN TERLALU BERHARAP.

Dalam hidup kita ni Allah dah aturkan segalanya. Bila kita dilahirkan, kita berjalan, bercakap, membesar menjadi manusia, siapa kawan kita, siapa parents kita, siapa jodoh kita dan bila kita akan mati. people nowadays always talk about 'married'. yaa, tidak dinafikan, perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW dan sangat dimuliakan oleh Allah. Perkahwinan juga merupakan satu ikatan antara si suami dan si isteri untuk membina sebuah keluarga, zuriat keturunan. Orang selalu kita membina masjid lah. Tapi kita jarang berfikir, bilakah kita akan mati ? suatu hari kita tetap akan mati. tapi tak tahu bila, dimana. sekarang pun kita boleh mati kalau Allah tentukan.

Okay, motif sebenar aku nak cakap pasal sesetengah manusia yang terlalu yakin dengan segala keputusan dan kemungkinan yang akan datang. yaa, tak salah kita untuk merancang masa depan yang lebih baik, tapi kita kena ingat, tak semestinya segala perancangan kita tu akan tercapai kecuali dengan izin Allah. aku bukan nak bajet alim, ustazah kat sini. tapi that's the facts. yakinla yang Allah sebaik-baik perancang. for me, waktu sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk aku berkahwin. and my dad pun cakap macam tu. i'm still young. baru 19 kot. memang la kahwin muda tu mulia. tapi bersediakah aku untuk semua tu ? ohh aku rasa aku tak mampu untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak aku lagi. banyak benda yang perlu aku belajar. aku pun nak masuk unversiti, nak capai cita-cita aku untuk jadi usahawan. nak bahagiakan mak ayah. then baru lah aku nak fikir pasal ni. dan tolong! jangan mendesak aku.

entri kali ni aku tulis umum. takda kaitan dengan hidup sesiapa. ini adalah hidup aku. dan aku berhak membuat keputusan aku sendiri lepas berbincang dengan my mum and dad. this is about my life, my future. soal siapa bakal suami aku nanti aku tak kisah lah wei. kau muda ke, kau tua ke. aku tak kisah. yang penting sekarang bukan masanya lagi. and aku serah segala keputusan kepada sebaik-baik perancanglah. my mum and dad juga berhak keatas aku. depa yang bela aku, jaga aku, so depa tahu apa yang terbaik untuk aku. aku taknak jadi anak derhaka. cukuplah dengan sedikit sikap aku yang agak degil ni.

kepada yang memahami situasi aku, thanks a a lot. really appreciate it. thanks pada yang sudi baca. and i'm so sorry andai entri kali ni ada melukakan hati sesiapa. ini hanya luahan kecil dari aku. take care. assalamualaikum :')


}
Tuesday, August 26, 2014 | 7:11 PM | 0Comment

KEHIDUPAN.. HIDUP DIDUNIA SEBAGAI SEORANG PERANTAU..

Assalamualaikum. Hai. Hehehehe

Setelah sekian lama tak hapdet belog ni kan. terasa tangan ni gatal la pulak nak hapdet. hehe. hari ni bersamaan 27/8/2014 pada pukul 9.30 am aku menaip blog ni. actually aku stress dengan classmate aku yang suka sangat kacau kebahagiaan aku dalam kelas. cakap aku forever alone lah. apa lah. hoi ingat aku ni tak laku sangat ke ? pffftt sabar je lah -_- okay, itu bukan topik utama. it is about ........... tadaaaaa. hahaha. tak tahu la nak kasi tajuk apa untuk entri kali ni. tapi banyak tentang kehidupan la. kehidupan?  emm bukan tentang kehidupan aku tapi tentang kehidupan sekarang yang semakin hari semakin pelik. pelik ? ye la memang banyak orang yang pelik sekarang. bukan dari segi perangai, tapi dari segi adab budaya dan sebagainya lah kan.


Okay, permulaan pada ulasan yang aku nak kongsikan sikit ni pasal realiti kehidupan sekarang. aku ni bukanlah baik sangat pun. yelaa, sapa la aku nak complain , condemn itu ini semua. but aku nak luahkan segala perasaan aku yang terpendam dalam hati jugak menerusi blog ni. aaa suka hati lah. ni blog aku kan. kahkah :p melihat pada keadaan sekarang, ramai manusia yang lebihkan keduniaan daripada kehidupan selepas mati. i mean macam pentingkan dunia, kurangkan akhirat la. padahal hidup kat dunia ni kejap je. lepas tu alam lain. so, kalau kau takda amalan macam mana nanti ? sapa nak tolong kau ? okay now, aku bukan bajet nak cakap pasal agama. ye aku mengaku, aku bukan lah wanita yang baik sangat. i made mistake. sometimes i need someone to guide me. bukanlah jugak nak tunjuk bagus pada semua orang.

kadang-kadang aku tengok pemikiran manusia ni semakin bangang. opss sorry lah kan kalau termencarut. bukan lah bangang macam mana, tapi tak tahu nak bezakan erti sebenar dengan bersangka baik. i mean bersangka baik untuk sesuatu yang baik la. bukan dengan asyik bersangka buruk nak jatuh jatuhkan orang. ye laa kau sapa nak jatuhkan orang ? hebat sangat kah kau ? kau pun hamba Allah jugak dekat muka bumi ni. so tak perlu la nak sombong bodoh sangat kan. kalau rasa diri tu tak cukup ilmu, pergi la belajar mencari ilmu. bukannya tunjuk pandai macam kau tahu semua. tunjuk pandai tu i mean bajet 'pala taw' bak kata orang kedah padahal yang sebenarnya KOSONG! ohhh really disgusting.

One more thing, aku suka kalau ada orang regur salah aku. yaa i made mistake. bila orang tegur aku bermakna ada lagi orang care pasal aku, sayang aku. yaa i know. butkalau kau nak tegur tu patut la kena dengan cara. tegur la baik baik. bukan dengan makian. cuba kalau kau duduk kat tempat orang tu, apa kau rasa ? mesti sakit hati kan. Rasulullah SAW pun tegur umatnya dengan lembut bersopan santun. so apa salahnya kalau kita ikut sunnah baginda right ? dapat pahala lagi terr.

okay, aku mengaku. aku ni jenis baran sikit. aku cukup pantang kalau orang tegur aku cara kasar. aku pun ada perasaan. tahu tak sakit hati ? tahu tak ni ? haihhh. geram tau tak. but i'm trying to SABAR. sabar kan indah. yaaaa memang pun. tapi sabar aku pun ada limit. bila time dia meletup tu memang takleh nak cakap apa la. tindakan diluar kawalan. Astaghfirullahalazim.

aku suka bila orang cakap "sabar ummi sabar". hehehe. yaa i know nampak sangat dia care pasal aku kan. aww manisnya. hahaha. boleh fall in love macam ni. ehem ehem :p

okay habis pasal tu. ni pasal lain la pulak. banyak cerita ni. hehe.



semalam sembang dengan mak ayah. you know what ? topik pasal kahwin. pffftt. what ? kahwin ? euwsss gatalnyaaa. umur baru 19 dah gatal nak kahwin. gatal apakkk lu. lebih baik gua gatal sekarang daripada gua gatal akan datang. lol. hahaha. bukanlah gatal mana pun. but i ithink i need someone la yang perlu sentiasa ada disisi memberi sokongan, dorongan. awww manisnya. hahaha. bab kahwin kalau sembang dalam family memang semua pakat tala kat aku la. tahu dah tu. konon anak number dua ni kena kahwin dulu la apa la. aaaa gua tak kisah sangat. dah sampai seru, Allah tetapkan jodoh aku kahwin je lah. tak kisah la sapa pun prince charming tu kan. lolololo. hahaha :p


seumur hidup, aku pernah alami saat kecewa, duka, sakit, perit dan macam macam lagi la dalam kehidupan seharian, percintaa and etc. percintaan tu takyah cakap la. sejak dari form 3 lagi dah start bercinta. so, banyak la jugak experience yang ada. kahkah. yaa aku pun ada kisah silam aku sendiri. kisah silam ? yaaa kisah silam. tapi kisah silam aku tak la buruk sangat. no i mean tak buruk sangat tu takda la sampai memalukan air muka mak ayah. Nauzubillah. taknak aku macam tu. maksud sebenar sekarang ni, aku tak la jahat sangat. tak la baik sangat. yang sedang sedang saja. haha :p okay bored bila cakap pasal ex, cinta lalu bla bla. baik cakap pasal cinta sekarang kan ? lolololo hahaha :p


cinta sekarang ? kira sekarang ni aku bercinta la ? omg omg omg. hahaha :p tak lah. tak cinta apa pun. apa lagi nak angau kan. cinta Allah yang dicari dahulu baru cinta manusia, acewahhh. hehe :p
sampai masa Allah kata yes. so ada la cinta manusia tu kan. lelelele comel sangat ayat aku ni. hahaha :p



okay dah habis pasal kahwin. ni pasal kawan pulak.


kawan ? kenapa dengan kawan ? takdak apa pun. i'm happy with my life now dengan ada kawan kawan yang comel disekelilig. but macam macam jenis kawan la aku jumpa. ada yang hipokrit, ikhlas, betul betul celaka pun ada. kahkah. so sabar je lah. baisa la hidup kan. kadang kdang ada kat atas. kadang kadang ada di bawah. so, just follow the flow. redha Allah tu lagi penting. kita hidup ni bukan bertuhankan manusia. so apa yang nak dirisaukan. Allah ada. La Tahzan ;) chill lah. hidup kena la happy. taknak sedih sedih. even kadang kadang rasa sedih. but cuba la berprasangaka baik dengan Allah. semua benda ada hikmah. kita kena redha, sabar dan tunggu je lah kan.




Okay panjangnya taip. lenguh jari jemari ini. seandainya entri kali ini ada terguris hati pembaca yang sudi baca blog aku ni, aku minta maaf nah. sorry :'( okay assalamulaikum awak awak semua :)

}
Saturday, March 15, 2014 | 11:41 AM | 0Comment

Ujian ? Masalah ?


Setiap manusia yang hidup kat dunia ni tak kan boleh lari dari masalah atau ujian dari Allah. Kalau takdak ujian bermakna takda life yang menarik la. Ujian yang datang tu la lebih mematangkan kita. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Tak kira lah masalah apa pun. Allah bagi ujian dekat manusia sebab Dia sayang. nak tgk sejauh mana kekuatan, kesabaran, ketabahan yang dia boleh hadapi ujian tu. Kalau dia menyerah kalah, bermakna dia lemah. Kalau dia berjaya selesaikan masalah tersebut, bermakna dia menang dalam ujian hidup. Allah takkan bagi ujian yg melebihi tahap kemampuan hambaNya. So, jangan risau, sebesar mana ujian tu kita mesti boleh selesaikan. Ujian hebat untuk orang yang hebat. Cuma kena sabar and cuba cari jalan penyelesaiannya. Keep calm and smile :') Senyumlah even hati tu tengah sakit. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)




Menangis ?

Aku tak nafikan menangis tu memang dapat melegakan sikit la hati kita yang tengah sakit ni. Menangis tu umpama kita luahkan melalui perasaan kita. Lepas nangis kita akan rasa lega sikit and penat. Pastu akan rasa lapar. Eh ? Hahahaha. Pastu pi makan banyak banyak okay :p Hihi. Aku pun ada masalah jugak. Bila diingat balik memang rasa tertekan gila. Macam-macam masalah kena fikir. Hmmm. But, i'm trying to handle that problem slowly. Cuba , cuba dan cuba. In Shaa Allah beri jalan. Haa, satu lagi, kalau asyik cuba tapi tak berdoa tak guna jugak. Kita semua ada Allah. ada Tuhan. So, pada dia la kita kena minta kan ? Hmm, Dia ja yang boleh bantu kita. Tak dinafikan juga, bila kita sakit, ada masalah, automatik kita akan ingat Tuhan right ? mostly macam tu la. sama ja dengan aku pun. Masa tu mula la rasa nak menagis, menyesal semua ada la. Haaa, masa tu la Allah dah beri kita kesedaran diri dan hidayah untuk kita cuba muhasabah diri balik. Apa salah kita. Apa yang kita buat. Apa salah kita dengan Dia ? Haa kan ? Hmmm,











Pelukan seseorang untuk cerita masalah.

Sometimes masalah kita ni kita kena share jugak dgn orang. Maksud aku bukan dgn semua orang, tapi dgn orang yang kita rapat la. Tak bagus jugak kalau selalu pendam. Lama-lama hati jugak yang sakit. Bila dah cerita mesti kita akan rasa lega. Seriously tak tipu. Even masalah tu tak selesai lagi. Hmm, tak semua orang boleh faham kita, tak semua orang yang boleh ada disisi kita masa kita tengah sedih kan ? Haa, masa tu la kita boleh tengok fungsi kawan dgn sahabat kan ? Selalunya remaja ni dia lebih suka cerita masalah kat kawan berbanding family sbb dia paling rapat dgn kawan. Kalau pi sekolah/kolej/U akan jumpa dgn kawan. So, yang paling rapat dgn depa pun kawan la. Rasa sedih, tak puas hati, sakit hati, nak menangis ? Luah saja kat sahabat yang kita rapat and faham kita tu. Dia mesti akan bagi nasihat yg baik utk kita. Sahabat yang baik untuk sahabat yang baik kan ? Yala, kalau kita kawan dgn org yg pakai minyak wangi, maka wangi la kita. macam tu la jugak sebaliknya.


Masalah diri pun tak settle lagi boleh pulak aku tulis blog nak bagi tips kat orang. Hahahahaha :p Lantaklah. Dimalam yang sunyi tambah pulak dengan hujan renyai-renyai ni buat aku rasa tenang dan bahagia. Hmm, dapat la lupakan sikit masalah tu.



Sekian dulu dari saya, maaf atas kekhilafan diri andai terasa dengan entri ni. Selamat membaca blog aku yang tak seberapa ni. Bye. Assalamualaikum ;)

CINTA ? SAYANG ? RINDU ? FITRAH ? JODOH ?}
Thursday, January 2, 2014 | 4:02 AM | 0Comment

Assalamualaikum.... Dah lama agaknya tak update blog ni. Berhabuk betul. Hehehe. Aku akan update kalau rasa ada idea yang nak kongsi bersama ja. Okay then, entri kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal satu fitrah manusia yang tak boleh elak sama ada lelaki dan perempuan iaitu ? JODOH. Wahhh, dah macam doktor cinta la pulak aku ni kan ? Eh, tak la. Ni bukan pasal cinta, jiwang ka apa. But ni pasal fitrah manusia yang tak boleh lari dari perasaan cinta pada seseorang tak kira mahu lelaki atau perempuan.



Okay, i admit it, dulu aku juga pernah bercinta. Tapi semuanya gagal. And lastly, aku jugak yang merana, kecewa, sedih bagai. Ini semua hanya agenda syaitan belaka dgn cinta berdasarkan nafsu ni. Masa mula-mula memang la seronok. Bila dah clash ? Menangis mcm orang gila, dah tu mula la nak cari Allah balik. Masa tengah berasmara dulu memang tak ingat lah kan ? Hmmm, tu la aku suatu ketika dulu. Astaghfirullahalazim :'( Bila ingat balik terasa diri ni bodoh sangat. Tapi benda dah lama berlalu, aku pun dah tak kan biarkan ia berlaku lagi.


Dah habis bercerita tentang pengalaman aku. And now aku nak bagi tips sikit untuk adik adik, abang abang, kakak kakak yang belum berkahwin tu dan bercinta mengikut landasan yang salah. Apa yg ditulis ni mengikut apa yang aku baca dari buku buku je la. Aku nak kongsikan ja.


cinta selepas kahwin. Yang ketiga ni mcm sweet ja ? hahaha. yaaa mmg sweet pun. Dan inilah yang aku inginkan. hehe. Banyak sangat barakah kalau bercinta lepas kahwin. Selain mengikut sunnah Nabi, ia jugak mengajar kita dalam pelbagai perkara. Kalau rasa tak mampu lagi, tak payah la kahwin dulu. Pesan pada hati, bertahanlah nafsu tu. Banyakkan berdoa pada Allah untuk dapatkan jodoh yang baik. In Shaa Allah dipermudahkan. Kepada yang masih muda dan mentah, baru darjah 6 , aku rasa tak payah la kot nak gedik bercinta ni. Sunat pun belum ada hati nak bercinta. Yang perempuan tu, period pun belum dah gatai sangat. Belajar bagi habis dulu ye dik kalau nak bercinta pun -__-

cinta islamik ? hellooooooo. tak pernah ada dalam mana mana ayat Al Quran atau hadith pasal cinta islamik. Tak perlu nak  buat hukum sendiri dgn nak menghalalkan benda yang haram. Yang haram tetap haram. Contoh kalau kau bela babi la, kau bagi dia makan benda elok elok. Bagi dia mandi, kau jaga dgn cara islam, then kau nak makan dia ? tetap haram. Cuba la faham sikit ye :3

restu mak ayah. Macam biasa, kalau kita bercinta ni kadang kadang mak ayah taw. kadang kadang tak. Biasa la tu kan ? But i think, kalau rasa tak mampu lagi nak kahwin, baik tak payah bercinta la. Buang masa, buang duit, buang segalanya. Tambah pulak dengan dosa -_- MasyaAllah. Kau ingat mak ayah si perempuan tu suka ka kalau kau buat benda tak elok dgn anak dia ? Tentu tak kan. Kau belajar bagi habis, kerja dulu baru kau pikir camna nak kahwin dengan anak dara orang. Ingat senang ka ? kalau duit takda nak bagi makan apa ? pasir ? Haaaa, aku marah ni :p Hahahaha :D

Turn to Allah. Seperti mana yang kita taw sebagai orang Islam ni. Bila dah jatuh cinta dengan seseorang mula la nak angau pelik pelik right ? Ada baiknya kita buat istikarah lagi bagus daripada gedik nak merayu rayu minta couple bagai. Bukan apa, Allah saja yang faham isi hati kita. Tentu Dia akan dengar doa kita kan ? In Shaa Allah di beri petunjuk. Kita sebagai manusia perlu la sabar sikit. Kalau ada jodoh tu tak kemana pun. Ni kalau kau bercinta bagai nak rak mcm org gila. Lastly putus, kau jugak nak merana. nak taw kenapa ? Sebab Allah tak redha !!! ingat tu sayang.

                          sedikit coretan...


Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa. Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis, 

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.





Jatuh cinta, bercinta, mencintai, dicintai adalah fitrah manusia. Tipu la kalau kita ni takda perasaan kan ? Allah beri nikmat rasa itu sebab Dia nak tengok sama ada kita ni menggunakan kearah kebaikan atau sebaliknya. Diri sendiri ja yang dapat kawal semua benda tu. Banyakkan solat, doa, baca Al Quran, minta pada Allah. Dia pasti akan dengar :')

Tak dinafikan, aku pun pernah rasa jatuh cinta, dicintai dan bla bla. Haha. Tapi Alhamdulillah la aku boleh kawal diri lagi daripada terjebak semula dengan cinta palsu :/ Harap Allah lindungi aku dari semua tu. Aku hanya mampu berdoa saja. Tentang siapa jodohku nanti, hanya aku berserah pada Allah saja. Dapat yang mcm mana pun takpa. Aku ni bukan memilih sangat. Asal boleh bela aku and bimbing aku masuk Syurga sudah la.

Okay , penat menaip. Sekian dulu dari saya hamba yang lemah. Maaf atas segala kekhilafan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri. Babai, Assalamualaikum cinta :p

Sakit Itu Kafarah Dosa}
Friday, November 29, 2013 | 4:02 PM | 0Comment

Assalamualaikum......

 SAKIT ITU KAFARAH DOSA. Haaaa, macam lain jer... macam pelik jer... macam ada makna jer... yess, memang ada makna okay. Hmm, bermulalah cerita sedih :'( actually benda ni tak sedih pun :p hahaha. bagi korang la yang baca. but bagi aku ? hmmmmmmmmmm, sedih sangat k :'/ aku ada adik kembar. nama dia ummi jugak. tapi lain sikit la. ummi salwa binti che ani. sedap kan nama dia ? kan kan kan ? haha :p wekkk :p jangan jeless. okay. sewaktu aku sedang menulis ni.. aku juga sedang menangis melihat adik kembarku yang wawa atau wa (nama panggilan keluarga) yang sakit. sakit ? sakit apa ? yang tu aku tak dapat nak cerita la k. sorry. but, why Allah bagi kita sakit ? mesti ada sebab kan ? sebab Allah sayang kita. kalau Dia tak sayang kita dia tak bagi ujian dgn sakit right ? masa ni la dia nak tengok sejauh mana kekuatan iman hambaNya itu. sama ada rapuh atau kukuh ? kuat atau lemah ? fikirkan lah ye. diri kita sendiri ja yang boleh menilai sejauh mana kekuatan iman kita.

Kenapa Kita Sakit ?

okay, kenapa kita sakit ?
*faktor tak jaga kesihatan macam demam dan sebagainya
*faktor lain ? KITA LUPA ALLAH.
haaa, kenapa aku cakap mcm tu ? sebab bila kita senang kita selalu lalai, lupa Allah.
tapi bila sakit, kita tentu akan ingat Allah kan ?


                             .........................................................................

hidup ni juga satu ujian. Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman. ubat nak tenang dengan ingat Allah ja. baca Al-Quran, yang penting solat jangan tinggal. solat tu kan tiang agama. kalau kita tak solat, maka runtuh la tiang tu right ? :') cuba cari kekuatan dalam kelemahan diri. minta petunjuk dari Allah. Turn to Him. Jangan sombong dengan dia. Kita ni siapa nak sombong dgn Allah ? hebatkah kita ? tinggi sangat ka darjat kita ? apa besar sangat ka kuasa sampai nak sombong dengan Dia ? kita ni hanya manusia biasa , hamba kepadaNya. Jangan nak riak, tabur, sombong dengan apa yg kita ada sekarang ni. dunia ni hanya sementara, harta hanya sementara, wajah yang cantik juga hanya sementara. Allah boleh tarik nikmat tu pada bila bila masa saja yang dia suka. so, please buang sifat sifat mazmumah yang ada dalam diri. muhasabah balik diri. apa yg perlu kita buat untuk tak lupa Allah ? set niat masing-masing. semua orang ada cara sendiri. tapi make sure cara yang betul la kan. 

                                                      ...................

             "WE ARE SLAVE OF ALLAH. WE NEED HIM. SEEK FOR HIS FORGIVENESS. IN SHAA ALLAH , HE WILL FORGIVE YOU :')"



                                                                  ...................

                                                   *perbualan antara aku dan wa*


                              " kenapa balik wei ? bukan hang kata minggu ni ada aktiviti ka? "
                           
                                "aku tak berapa sihat. rasa tak sedap hati. stress belajaq"

                               "laa, awat ? kenapa? takut dapat result teruk ka ?" hmmmm...

                                                      "entah laaa.. takut la :( :( :("

"why? kenapa hg prlu takut?" benda hanya pointer kot. kalau pointer hg terok       means kena buang la ? mcm tu ? hmm, okay. sekarang ni hang just think positive ja. everything will be okay. In Shaa Allah :)

                                               "tapi............................ aku takut :'(

                                  "Ya Allah, kenap dgn dia ni ? nak sakit balik ka ? :'(

                                      "okay, sejak bila hg rasa tak sedap hati ni ?"

"aku taktaw la. okay then hang pi tidoq la ni jugak. sebab aku taw hang mesti dah bermalam malam tak leh tidoq kan ?

               "tapi aku tak leh tidoq......................................................................................     T__T"




                                                .........................................................................


sekarang ni aku tengah lihat wajah adik kembar ku ummi salwa yang sedang tidur. lepas Subuh tadi dia terlalu mengantuk sangat dan akhirnya tertidur. sambil menaip aku menangis lihat wajah dia. sebab ? sebab apa ? sebab aku sayang adik aku la. even aku selalu gaduh dgn dia but aku sayang dia sangat sangat. serius aku tak sanggup tengok dia sakit lagi. kalau boleh biar la aku yang sakit ganti dia but,apakan daya. mungkin Allah nak uji dia Y__Y so, aku hanya boleh berdoa agar dia cepat sembuh dan cepat pulang ke kmpp untuk menyambung pengajian. dulu dia slalu bagi semangat kat aku. nasihat dan macam macam lagi la. kalau aku ada masalah, dia orang pertama aku cari. tapi sekarang ? aku nak gosip ngn sapa dalam bilik masa nak tidoq ? nak cita pasai kawan baru ? nak kongsi masalah ? hmmmmm. Ya Allah :'(



                ............................................................................................................................




..................................................................................................................................................................

P/S : AKU HARAP SANGAT HANG CEPAT SEMBUH. NO MATTER WHAT, I WILL ALWAYS SUPPORT AND LOVE YOU. TAK BOLEH SANGAT TENGOK HANG SAKIT. AKU AKAN JAGA HANG SAMPAI HANG SEMBUH K. GET WELL SOON YA :')... LOTS OF LOVE, UMMI KALTHUM BINTI CHE ANI<3